Kuliah Maghrib 14.07.09

Tanggal 13 Julai 2009, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam telah menerima kedatangan pelajar baru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada 14 Julai 2009 selepas solat Maghrib, slot telah diisi dengan ceramah yang telah disampaikan oleh seorang muallim iaitu Ustaz Fauzi Al-Yamani. Kuliah beliau bertajuk:

Menjadi Murabbi seperti Rasulallah s.a.w.

Kuliah telah berlansung dari 8.00 malam sehingga 9.00 malam. Bagi sesiapa yang ingin mendengar ceramah ini, bolehlah dapatkan pada pautan yang telah disediakan di bawah ini. Terima Kasih.

SILA TEKAN DI SINI

Sedikit Info:
Saiz: 9.6 Mb
Format: Mp3
Audio: 10/10


Taklimat BIG Sem 4

Makluman

Kepada semua pelajar semester 4 PISMP IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor.

Assalmualaikum dan salam sejahtera.


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa semua naqib/naqibah (semester 4) dan semua pelajar (semester 4) diwajibkan hadir ke taklimat Bina Insan Guru (BIG) yang akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 6 Julai 2009
Tempat: Dewan Syarahan Al-Marbawi.
Masa: 8.30-9.30 Pagi.


Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan naqib dan naqibahnya diwajibkan hadir bersama.


Kerjasama semua orang amat dihargai dan akhir kata ucapan ribuan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang pihak pengurusan.


Sekian,
Terima kasih.

Hikmah dalam Ibadah

Assalamualaikum.

HiKmah Yang Tersembunyi...
Inilah bukti kebesaran Allah yang kita tidak nampak....

Setiap yang berlaku ada kebesaran hikmah Allah...

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.


Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-





1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.

Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.





4. Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.


Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI... " Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu....

Wa'hualam..

The Winner is...

Bina Insan Guru


Pada 28 Mei 2009 ini, kita dikehendaki menghadiri satu seminar Anti Dadah untuk Bina Insan Guru pada kali ini yang akan diadakan di dewan besar.

Kerjasama anda amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

Boling Oh Boling.


Assalamualaikum.


Bersempena dengan kertas terakhir peperiksaan IPGM Kampus Pendidikan Islam bagi kumpulan PISMP IPGM Ambilan Januari 2008 Ijazah Tahun kedua semester 3, pihak jawatankuasa telah bersetuju dengan sebulat suara untuk menganjurkan satu permainan boling yang akan berlangsung seperti berikut:


Tarikh : 27 Mei 2009.

Tempat : Pusat Boling Warta, Bangi Selangor.

Masa : 2.00 Petang


Diharapkan agar semua ahli dapat memberi kerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang ini. Sebaik perancangan adalah perancangan Allah S.W.T.

Admin: Ala...jom la main kawan-kawan. Bila lagi nak bermain bersama.

Kuliah Mahgrib IPGM KPI

Assalmualaikum.

Di sini saya ingin berkongsi ceramah agama dalam format MP3 yang telah diupload.
Ceramah ini berlaku di Masjid As-Syafie IPGM Kampus Pendidikan Islam. Mari kita dengar bersama-sama.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Al-Yamani.
Kuliah berlangsung selepas maghrib sehingga Isyak.

Tarikh: 20 Mei 2009

Pembohongan Barat.



Apa yang akan anda katakan tentang gambar ini. Saya pasti anda pernah melihat gambar seumpama ini. Pasti juga perkataan yang akan terpacul daripada mulut ialah gambar di atas merupakan gambar rupa paras syaitan yang sebenar.

Tetapi sejauh mana hakikat sebenarnya?

Adakah kita pernah mengkajinya atau pun sekadar mengganguk kepala sebagai tanda setuju perihal gambar tersebut.

Yang menjadi persoalan di sini ialah adakah syaitan pandai bergaya ketika gambar diambil?

Gambar ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kononya sebagai gambaran Baginda bertapa di Gua HIrak dengan Syaitan (Nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat al-quran itu adalah daripada tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di Internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah kita. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Apabila kita bercakap tentang Baginda Rasulallah kepada anak-anak kita, pasti mereka akan terbayang gambar syaitan ini. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara yang pelik-pelik dan meragukan.


Pengajarannya ialah ramai di antara kita apabila menerima email sahaja sudah mula mempercayai apa yang dibaca dan tanpa usul periksa atau membuat penyelidikan terlebih dahulu terus sahaja dengan senang menyebarkannya kepada rakan-rakan.

Rasanya anda perlu membaca artikel yang bertajuk HOAX di sini.

Sukan Tahunan IPGM Kampus Pendidikan Islam


Pada tahun ini, kita masih lagi mempunyai ruang untuk bersama-sama mengeratkan hubungan siallturrahim sesama pelajar dan pensyarah dan juga warga institut. Pada tahun ini, kita masih berpeluang untuk meraikan sukan tahunan IPGM KPI di mana semua kursus dikatakan mengambil bahagian dalam menjayakan sukan ini.

Butiran sukan tahunan adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 April 2009
Masa melapor: 7.15 pagi
Tempat : Padang IPGM KPI

Aturcara majlis adalah seperti dibawah :
7.15am :Lapor Diri
7.40am :Perbarisan/Ikrar
8.00am :200m (p)
8.10am :1500m (p)
8.20am :100m (p)
8.30am :800m (p)
8.40am :4x100m (p)
8.50am :400m (p)
9.00am :4x100m (p) jemputan
9.10am :4x400m (p) jemputan
9.20am :8x50m pensyarah/staff (p)
9.30am :Sukaneka pensyarah/staff (p)
9.45am :Rehat & Pancaragam
10.15am :4x100m lelaki jemputan
10.25am :1500m (L)
10.35am :200m (L)
10.45am :800m (L)
11.00am :4x100m (L)
11.10am :400m (L)
11.20am :100m (L)
11.30am :4x400m (L)
11.40am :8x50m pensyarah/staff (L)
11.50am :Sukaneka pensyarah/staff (L)
12.15am :Penyampaian Hadiah
12.30am :Perasmian Penutup
1.00pm :Jamuan & Bersurai

Diharap semua pelatih dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya selama kejohanan ini berlangsung.

Bahaya Epal?

Hati-hati semasa memakan kulit epal. Kadang-kadang kulit epal dilapisi oleh lilin(wax). Wax ini digunakan dengan tujuan untuk menjaga kualiti makanan sebelum dimasukkan ke tempat sejuk. Epal yang setahun masih kelihatan segar daripada luar disebabkan oleh Wax yang melindungi epal tersebut daripada bakteria. Bakteria tidak dapat menembusi bahagian dalam epal disebabkan Wax ini.


Melajukan Firefox

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kelajuan rangkaian internet ini. Sebagai pelajar di IPGM Kampus Pendidikan Islam, teknik ini dikatakan berkesan bagi meningkatkan kelajuan mengakses Internet. Kesannya paling dirasai apabila kita menggunakan broadband.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Taipkan about:config di ruang URL browser anda.


2. Cari

- network.http.pipelining network
- http.proxy.pipelining network
- http.pipelining.maxrequests

3.
Klik dua kali pada network.http.pipelining network dan
http.proxy.pipelining network agar setting dari False menjadi True.

4
. Klik dua kali pada http.pipelining.maxrequests. Tukarkan angka 4 (default) kepada 40.

5. Klik kanan pada mana-mana ruang. Pilih new-integer. Namakannya sebagai
nglayout.initialpaint.delay dan setkan valuenya kepada 0.

6. Restart Firefox. Lihatlah hasilnya.

Kelebihan Solat


Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Petikan dipetik daripada http://www.harakahdaily.net

Pilihanraya JPP KAMPIS 2009/2010

Assalamualaikum.

Pada tahun ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009 secara rasminya telah dibubarkan pada tanggal 10 Febuari 2009. Ucapan tahniah dan terima kasih dihulurkan kepada semua ahli jawantankuasa yang lepas kerana bakti yang telah disumbangkan kepada warga KAMPIS.

Pada tahun ini juga, serentak dengan pembubaran JPP 08/09 terdapat JPP 09/10 akan dibentuk. Pada pilihanraya kali ini telah melibatkan semua kursus di mana setiap batch telah diberi kuota untuk ahlinya bertanding. Bagi Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008, seramai 6 lelaki dan 8 perempuan telah menyahut cabaran untuk menjadi wakil pelajar pada tahun ini.

Kami berharap benar agar semua calon-calon ini berjaya memperoleh tempat di dalam JPP nanti.
Sebelum hari kemuncak pilihanraya tiba, proses yang seterusnya selepas penamaan calon adalah setiap calon perlu memberikan manifesto masing-masing.

Malam Manifesto bagi seluruh calon yang bertanding dalam pilihanraya kali ini berlansung selama dua hari.


Hari : Rabu & Khamis
Masa : 9.30 malam.

Tempat : Dewan Jalil Hasan KAMPIS


Pada tanggal 20 Febuari 2008, hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga KAMPIS akan tiba. Hari yang dimaksudkan ialah Hari Pilihanraya JPP KAMPIS Sesi 2009/2010.

Apa yang kami harapkan ialah warga batch PISMP IPGM khususnya hendaklah memberi sokongan yang padu kepada wakil-wakil batch kita sendiri. Marilah kita sama-sama berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar segala urusan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar.



UNDILAH CALON-CALON BATCH PISMP IPGM AMBILAN JANUARI 2008


P/S : Untuk poster calon muslimah, pihak exco penerbitan sedang di dalam proses pembikinan. Diharap dapat bersabar dan kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Carta Organisasi Batch

Carta Organisasi di atas adalah ahli jawatankuasa bagi batch PISMP IPGM Ambilan januari 2008. Perlantikan ahli jawatankuasa ini telah ditentukan melalui mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa lalu.

Mereka adalah ahli kepada batch kita. Sebagai ahli warga PISMP IPGM, kita seharusnya memberi sokongan yang berterusan kepada mereka agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan berhemah.

Segala urusan akan menjadi mudah jika kita berganding bahu membantu di antara satu sama lain. Bersatulah kita demi ukhwah dan elakkanlah kontroversi yang timbul.

Code HTML

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu ucapan Alhamdulillah kerana masih dipertemukan dalam ruang maya ini. Kami berharap anda selesa dengan apa yang telah kami sediakan.

Pihak kami telah mereka cipta satu code HTML untuk para blogger supaya dapat di COPY & PASTE pada blog-blog anda. Apa yang kami harapkan ialah agar code ini dapat memudahkan anda mendekatkan diri dengan kami terutamanya kepada semua ahli Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008.

Cara-cara melakukannya adalah dengan

1)

2)

3)
4) Save dan lihat semula blog anda.
5) Terima kasih kerana menggunakannya.


Code HTML adalah seperti berikut

Siapa yang Ada Blog.


Assalamualaikum.


Kepada sesiapa di kalangan ahli Batch PISMP IPGM Ambilan 2008 yang mempunyai Blog atau pun web site, sila nyatakan

NAMA

KULIAH

URL BLOG/WEB SITE

Anda boleh berbuat demikian pada ruang komen yang telah disediakan

Amatlah sukacita jawatankuasa Batch jika anda dapat berbuat demikian. Blog ini bukanlah hanya bersifat sementara malah blog ini akan terus berada di tempatnya secara kekal. Pihak kami berharap kepada sesiapa ahli batch yang mempunyai blog atau web sites sendiri agar dapat memberikan kerjasama kepada pihak kami.

Kami akan pamerkan pautan blog anda supaya apa-apa berita daripada blog anda menjadi perhatian pihak kami dan juga ahli-ahli batch yang lain. Selain itu, apabila kita sudah diputuskan untuk mengajar nanti, kami harap ukhuwah kita di Institut tidak akan putus malah akan terus terjalin selama-lamanya melalui kerjasama anda sendiri.

Sekian,

Terima Kasih. Kerjasama anda amat dihargai.

Baju Batch

Isu : Baju Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum.

Dalam mesyuarat baru-baru ini pihak jawatankuasa batch telah membuat keputusan untuk membuat sehelai baju yang melambangkan identiti batch. Baju ini wajib dimiliki oleh setiap ahli batch supaya rasionalnya apabila terdapat apa-apa perjumpaan ataupun aktiviti luar yang melibatkan batch, terdapat satu keseragaman bagi batch kita. Selain itu, dengan pemakaian baju ini secara tidak lansung akan memperlihatkan kepada warga KAMPIS tentang kewujudan dan juga pergerakan aktif oleh jawatankuasa Batch PISMP IPGM.

Pihak jawatankuasa telah menentukan corak dan rekaan lambang mana yang sesuai untuk diletakkan pada baju tersebut. Hasilnya adalah seperti berikut:

Baju untuk muslimin:

Rekaan baju lengan pendek


Rekaan baju lengan panjang




Baju untuk muslimat:


Rekaan baju biasa


Rekaan baju Labuh


Jika ada sebarang cadangan dan komen sila nyatakan dalam ruang yang telah disediakan. Terima Kasih

Aktiviti Pertama Batch




Tempat : Masjid As-Syafie
Waktu : Selepas solat Isyak
Tarikh : 12 Februari 2009.









Pada hari dan tarikh yang dinyatakan, pihak Batch PISMP IPGM telah bersama-sama menjayakan menguruskan sebuah jamuah selepas solat Maghrib dan Isyak.

Tujuan sebenar diadakan majlis jamuan tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran pembentukan sebuah jawatankuasa Batch. Pada tahun ini, Batch PISMP IPGM baru memulakan langkahnya sebagai satu induk yang mewakili kursus PISMP ambilan Januari 2008 selepas pemilihan dan perlantikan calon-calon yang berwibawa di kalangan kami. Selain itu juga, majlis jamuan ini juga diadakan bagi menghidupkan kembali tradisi jamuan setiap hari Khamis selepas bacaan Surah Yasin. Kami berharap agar langkah kami dapat diteruskan oleh mana-mana wakil kursus dan seterusnya majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Pada malam itu, beberapa menu istimewa telah dihidangkan. Pihak kami telah menghidangkan Kuew Tiau Tom Yam sebagai juadah utama bagi majlis tersebut. Di samping itu, terdapat agar-agar bandung dan dadih sebagai pencuci mulut yang telah disediakan oleh wakil kuliah batch kami.

Sambutan yang diberikan oleh warga KAMPIS adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran KAMPIS yang hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis kami.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa Batch PISMP IPGM kerana telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis ini. Selain itu, tanpa kehadiran dan sokongan dari setiap ahli batch maka majlis ini mungkin ada mempunyai cacat celanya.

Sekian,

Terima Kasih.

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur kepada ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama sama pada tika dan saat ini. Semoga Allah akan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita dengan lebih kukuh dan kemas.

Ucapan terima kasih kepada Presiden Batch PISMP IPGM kerana telah berjaya menubuhkan sebuah laman webnya tersendiri. Tidak lupa juga kepada warga Batch yang lain tidak kira sama ada daripada pihak lelaki dan perempuan kerana sentiasa memberi sokongan yang tinggi ke atas laman perkongsian kita ini.

Apa yang diharapkan agar Batch PISMP IPGM akan sentiasa dirahmati Allah dan semoga ahli-ahlinya akan bertambah erat dan mesra. Majulah Batch PISMP IPGM dengan jayanya.