Aktiviti Pertama Batch




Tempat : Masjid As-Syafie
Waktu : Selepas solat Isyak
Tarikh : 12 Februari 2009.









Pada hari dan tarikh yang dinyatakan, pihak Batch PISMP IPGM telah bersama-sama menjayakan menguruskan sebuah jamuah selepas solat Maghrib dan Isyak.

Tujuan sebenar diadakan majlis jamuan tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran pembentukan sebuah jawatankuasa Batch. Pada tahun ini, Batch PISMP IPGM baru memulakan langkahnya sebagai satu induk yang mewakili kursus PISMP ambilan Januari 2008 selepas pemilihan dan perlantikan calon-calon yang berwibawa di kalangan kami. Selain itu juga, majlis jamuan ini juga diadakan bagi menghidupkan kembali tradisi jamuan setiap hari Khamis selepas bacaan Surah Yasin. Kami berharap agar langkah kami dapat diteruskan oleh mana-mana wakil kursus dan seterusnya majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Pada malam itu, beberapa menu istimewa telah dihidangkan. Pihak kami telah menghidangkan Kuew Tiau Tom Yam sebagai juadah utama bagi majlis tersebut. Di samping itu, terdapat agar-agar bandung dan dadih sebagai pencuci mulut yang telah disediakan oleh wakil kuliah batch kami.

Sambutan yang diberikan oleh warga KAMPIS adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran KAMPIS yang hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis kami.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa Batch PISMP IPGM kerana telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis ini. Selain itu, tanpa kehadiran dan sokongan dari setiap ahli batch maka majlis ini mungkin ada mempunyai cacat celanya.

Sekian,

Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

pergh....
kuew Tiau tom yam yg sedap...

Agar2 yg best

Dadih yg mantap...

Anonymous said...

Mang lazat gla tom yam pada malam tu.

Tima kasih pada mereka yg memasak.

Anonymous said...

terima kasih atas kerjasama anda semua
keep it up!
^^

Post a Comment