Pembohongan Barat.



Apa yang akan anda katakan tentang gambar ini. Saya pasti anda pernah melihat gambar seumpama ini. Pasti juga perkataan yang akan terpacul daripada mulut ialah gambar di atas merupakan gambar rupa paras syaitan yang sebenar.

Tetapi sejauh mana hakikat sebenarnya?

Adakah kita pernah mengkajinya atau pun sekadar mengganguk kepala sebagai tanda setuju perihal gambar tersebut.

Yang menjadi persoalan di sini ialah adakah syaitan pandai bergaya ketika gambar diambil?

Gambar ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kononya sebagai gambaran Baginda bertapa di Gua HIrak dengan Syaitan (Nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat al-quran itu adalah daripada tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di Internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah kita. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Apabila kita bercakap tentang Baginda Rasulallah kepada anak-anak kita, pasti mereka akan terbayang gambar syaitan ini. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara yang pelik-pelik dan meragukan.


Pengajarannya ialah ramai di antara kita apabila menerima email sahaja sudah mula mempercayai apa yang dibaca dan tanpa usul periksa atau membuat penyelidikan terlebih dahulu terus sahaja dengan senang menyebarkannya kepada rakan-rakan.

Rasanya anda perlu membaca artikel yang bertajuk HOAX di sini.

1 comments:

si rajawali said...

actly ni bkn pndpt sy..tp ble dfkirkan ade bnrnye..

"Arghh malas aku nak ulas, dan satu lagi yang dah berbuih mulut aku ulang ulang adalah:, jangan mudah percaya dengan Emal forward..

Segala berita yang dapat dari email terus forward-forward..forward!!! tanpa check dan fikir entah betul ke tidak.. Forward-forward..forward!!! sampai jadi mayat...!!

Orang macam gini yang tak selidik dahulu semua berita dan PERCAYA sajer…adalah berada dalam bahaya, sebab bila nak mati kelak setan akan datang dan menyamar jadi orang alim/ustaz/ ulamak yg korang sanjung…dan cakap kat korang bahawa ugama islam tu salah, Nabi penipu dan sebagainya.. masa tu tentu korang rasa nak forward bukan?

Dan korang akan mati dalam keadaan kempunan tak sempat nak forward berita tu..yang membuatkan korang terkeluar dari islam, ..oh.."

source:http://keretamayat.blogspot.com

Post a Comment