Pembohongan Barat.



Apa yang akan anda katakan tentang gambar ini. Saya pasti anda pernah melihat gambar seumpama ini. Pasti juga perkataan yang akan terpacul daripada mulut ialah gambar di atas merupakan gambar rupa paras syaitan yang sebenar.

Tetapi sejauh mana hakikat sebenarnya?

Adakah kita pernah mengkajinya atau pun sekadar mengganguk kepala sebagai tanda setuju perihal gambar tersebut.

Yang menjadi persoalan di sini ialah adakah syaitan pandai bergaya ketika gambar diambil?

Gambar ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kononya sebagai gambaran Baginda bertapa di Gua HIrak dengan Syaitan (Nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat al-quran itu adalah daripada tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di Internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah kita. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Apabila kita bercakap tentang Baginda Rasulallah kepada anak-anak kita, pasti mereka akan terbayang gambar syaitan ini. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara yang pelik-pelik dan meragukan.


Pengajarannya ialah ramai di antara kita apabila menerima email sahaja sudah mula mempercayai apa yang dibaca dan tanpa usul periksa atau membuat penyelidikan terlebih dahulu terus sahaja dengan senang menyebarkannya kepada rakan-rakan.

Rasanya anda perlu membaca artikel yang bertajuk HOAX di sini.

Sukan Tahunan IPGM Kampus Pendidikan Islam


Pada tahun ini, kita masih lagi mempunyai ruang untuk bersama-sama mengeratkan hubungan siallturrahim sesama pelajar dan pensyarah dan juga warga institut. Pada tahun ini, kita masih berpeluang untuk meraikan sukan tahunan IPGM KPI di mana semua kursus dikatakan mengambil bahagian dalam menjayakan sukan ini.

Butiran sukan tahunan adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 April 2009
Masa melapor: 7.15 pagi
Tempat : Padang IPGM KPI

Aturcara majlis adalah seperti dibawah :
7.15am :Lapor Diri
7.40am :Perbarisan/Ikrar
8.00am :200m (p)
8.10am :1500m (p)
8.20am :100m (p)
8.30am :800m (p)
8.40am :4x100m (p)
8.50am :400m (p)
9.00am :4x100m (p) jemputan
9.10am :4x400m (p) jemputan
9.20am :8x50m pensyarah/staff (p)
9.30am :Sukaneka pensyarah/staff (p)
9.45am :Rehat & Pancaragam
10.15am :4x100m lelaki jemputan
10.25am :1500m (L)
10.35am :200m (L)
10.45am :800m (L)
11.00am :4x100m (L)
11.10am :400m (L)
11.20am :100m (L)
11.30am :4x400m (L)
11.40am :8x50m pensyarah/staff (L)
11.50am :Sukaneka pensyarah/staff (L)
12.15am :Penyampaian Hadiah
12.30am :Perasmian Penutup
1.00pm :Jamuan & Bersurai

Diharap semua pelatih dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya selama kejohanan ini berlangsung.

Bahaya Epal?

Hati-hati semasa memakan kulit epal. Kadang-kadang kulit epal dilapisi oleh lilin(wax). Wax ini digunakan dengan tujuan untuk menjaga kualiti makanan sebelum dimasukkan ke tempat sejuk. Epal yang setahun masih kelihatan segar daripada luar disebabkan oleh Wax yang melindungi epal tersebut daripada bakteria. Bakteria tidak dapat menembusi bahagian dalam epal disebabkan Wax ini.


Melajukan Firefox

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kelajuan rangkaian internet ini. Sebagai pelajar di IPGM Kampus Pendidikan Islam, teknik ini dikatakan berkesan bagi meningkatkan kelajuan mengakses Internet. Kesannya paling dirasai apabila kita menggunakan broadband.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Taipkan about:config di ruang URL browser anda.


2. Cari

- network.http.pipelining network
- http.proxy.pipelining network
- http.pipelining.maxrequests

3.
Klik dua kali pada network.http.pipelining network dan
http.proxy.pipelining network agar setting dari False menjadi True.

4
. Klik dua kali pada http.pipelining.maxrequests. Tukarkan angka 4 (default) kepada 40.

5. Klik kanan pada mana-mana ruang. Pilih new-integer. Namakannya sebagai
nglayout.initialpaint.delay dan setkan valuenya kepada 0.

6. Restart Firefox. Lihatlah hasilnya.

Kelebihan Solat


Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Petikan dipetik daripada http://www.harakahdaily.net

Pilihanraya JPP KAMPIS 2009/2010

Assalamualaikum.

Pada tahun ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009 secara rasminya telah dibubarkan pada tanggal 10 Febuari 2009. Ucapan tahniah dan terima kasih dihulurkan kepada semua ahli jawantankuasa yang lepas kerana bakti yang telah disumbangkan kepada warga KAMPIS.

Pada tahun ini juga, serentak dengan pembubaran JPP 08/09 terdapat JPP 09/10 akan dibentuk. Pada pilihanraya kali ini telah melibatkan semua kursus di mana setiap batch telah diberi kuota untuk ahlinya bertanding. Bagi Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008, seramai 6 lelaki dan 8 perempuan telah menyahut cabaran untuk menjadi wakil pelajar pada tahun ini.

Kami berharap benar agar semua calon-calon ini berjaya memperoleh tempat di dalam JPP nanti.
Sebelum hari kemuncak pilihanraya tiba, proses yang seterusnya selepas penamaan calon adalah setiap calon perlu memberikan manifesto masing-masing.

Malam Manifesto bagi seluruh calon yang bertanding dalam pilihanraya kali ini berlansung selama dua hari.


Hari : Rabu & Khamis
Masa : 9.30 malam.

Tempat : Dewan Jalil Hasan KAMPIS


Pada tanggal 20 Febuari 2008, hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga KAMPIS akan tiba. Hari yang dimaksudkan ialah Hari Pilihanraya JPP KAMPIS Sesi 2009/2010.

Apa yang kami harapkan ialah warga batch PISMP IPGM khususnya hendaklah memberi sokongan yang padu kepada wakil-wakil batch kita sendiri. Marilah kita sama-sama berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar segala urusan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar.



UNDILAH CALON-CALON BATCH PISMP IPGM AMBILAN JANUARI 2008


P/S : Untuk poster calon muslimah, pihak exco penerbitan sedang di dalam proses pembikinan. Diharap dapat bersabar dan kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Carta Organisasi Batch

Carta Organisasi di atas adalah ahli jawatankuasa bagi batch PISMP IPGM Ambilan januari 2008. Perlantikan ahli jawatankuasa ini telah ditentukan melalui mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa lalu.

Mereka adalah ahli kepada batch kita. Sebagai ahli warga PISMP IPGM, kita seharusnya memberi sokongan yang berterusan kepada mereka agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan berhemah.

Segala urusan akan menjadi mudah jika kita berganding bahu membantu di antara satu sama lain. Bersatulah kita demi ukhwah dan elakkanlah kontroversi yang timbul.