Pilihanraya JPP KAMPIS 2009/2010

Assalamualaikum.

Pada tahun ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009 secara rasminya telah dibubarkan pada tanggal 10 Febuari 2009. Ucapan tahniah dan terima kasih dihulurkan kepada semua ahli jawantankuasa yang lepas kerana bakti yang telah disumbangkan kepada warga KAMPIS.

Pada tahun ini juga, serentak dengan pembubaran JPP 08/09 terdapat JPP 09/10 akan dibentuk. Pada pilihanraya kali ini telah melibatkan semua kursus di mana setiap batch telah diberi kuota untuk ahlinya bertanding. Bagi Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008, seramai 6 lelaki dan 8 perempuan telah menyahut cabaran untuk menjadi wakil pelajar pada tahun ini.

Kami berharap benar agar semua calon-calon ini berjaya memperoleh tempat di dalam JPP nanti.
Sebelum hari kemuncak pilihanraya tiba, proses yang seterusnya selepas penamaan calon adalah setiap calon perlu memberikan manifesto masing-masing.

Malam Manifesto bagi seluruh calon yang bertanding dalam pilihanraya kali ini berlansung selama dua hari.


Hari : Rabu & Khamis
Masa : 9.30 malam.

Tempat : Dewan Jalil Hasan KAMPIS


Pada tanggal 20 Febuari 2008, hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga KAMPIS akan tiba. Hari yang dimaksudkan ialah Hari Pilihanraya JPP KAMPIS Sesi 2009/2010.

Apa yang kami harapkan ialah warga batch PISMP IPGM khususnya hendaklah memberi sokongan yang padu kepada wakil-wakil batch kita sendiri. Marilah kita sama-sama berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar segala urusan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar.



UNDILAH CALON-CALON BATCH PISMP IPGM AMBILAN JANUARI 2008


P/S : Untuk poster calon muslimah, pihak exco penerbitan sedang di dalam proses pembikinan. Diharap dapat bersabar dan kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Carta Organisasi Batch

Carta Organisasi di atas adalah ahli jawatankuasa bagi batch PISMP IPGM Ambilan januari 2008. Perlantikan ahli jawatankuasa ini telah ditentukan melalui mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa lalu.

Mereka adalah ahli kepada batch kita. Sebagai ahli warga PISMP IPGM, kita seharusnya memberi sokongan yang berterusan kepada mereka agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan berhemah.

Segala urusan akan menjadi mudah jika kita berganding bahu membantu di antara satu sama lain. Bersatulah kita demi ukhwah dan elakkanlah kontroversi yang timbul.

Code HTML

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu ucapan Alhamdulillah kerana masih dipertemukan dalam ruang maya ini. Kami berharap anda selesa dengan apa yang telah kami sediakan.

Pihak kami telah mereka cipta satu code HTML untuk para blogger supaya dapat di COPY & PASTE pada blog-blog anda. Apa yang kami harapkan ialah agar code ini dapat memudahkan anda mendekatkan diri dengan kami terutamanya kepada semua ahli Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008.

Cara-cara melakukannya adalah dengan

1)

2)

3)
4) Save dan lihat semula blog anda.
5) Terima kasih kerana menggunakannya.


Code HTML adalah seperti berikut

Siapa yang Ada Blog.


Assalamualaikum.


Kepada sesiapa di kalangan ahli Batch PISMP IPGM Ambilan 2008 yang mempunyai Blog atau pun web site, sila nyatakan

NAMA

KULIAH

URL BLOG/WEB SITE

Anda boleh berbuat demikian pada ruang komen yang telah disediakan

Amatlah sukacita jawatankuasa Batch jika anda dapat berbuat demikian. Blog ini bukanlah hanya bersifat sementara malah blog ini akan terus berada di tempatnya secara kekal. Pihak kami berharap kepada sesiapa ahli batch yang mempunyai blog atau web sites sendiri agar dapat memberikan kerjasama kepada pihak kami.

Kami akan pamerkan pautan blog anda supaya apa-apa berita daripada blog anda menjadi perhatian pihak kami dan juga ahli-ahli batch yang lain. Selain itu, apabila kita sudah diputuskan untuk mengajar nanti, kami harap ukhuwah kita di Institut tidak akan putus malah akan terus terjalin selama-lamanya melalui kerjasama anda sendiri.

Sekian,

Terima Kasih. Kerjasama anda amat dihargai.

Baju Batch

Isu : Baju Batch PISMP IPGM Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum.

Dalam mesyuarat baru-baru ini pihak jawatankuasa batch telah membuat keputusan untuk membuat sehelai baju yang melambangkan identiti batch. Baju ini wajib dimiliki oleh setiap ahli batch supaya rasionalnya apabila terdapat apa-apa perjumpaan ataupun aktiviti luar yang melibatkan batch, terdapat satu keseragaman bagi batch kita. Selain itu, dengan pemakaian baju ini secara tidak lansung akan memperlihatkan kepada warga KAMPIS tentang kewujudan dan juga pergerakan aktif oleh jawatankuasa Batch PISMP IPGM.

Pihak jawatankuasa telah menentukan corak dan rekaan lambang mana yang sesuai untuk diletakkan pada baju tersebut. Hasilnya adalah seperti berikut:

Baju untuk muslimin:

Rekaan baju lengan pendek


Rekaan baju lengan panjang




Baju untuk muslimat:


Rekaan baju biasa


Rekaan baju Labuh


Jika ada sebarang cadangan dan komen sila nyatakan dalam ruang yang telah disediakan. Terima Kasih

Aktiviti Pertama Batch




Tempat : Masjid As-Syafie
Waktu : Selepas solat Isyak
Tarikh : 12 Februari 2009.









Pada hari dan tarikh yang dinyatakan, pihak Batch PISMP IPGM telah bersama-sama menjayakan menguruskan sebuah jamuah selepas solat Maghrib dan Isyak.

Tujuan sebenar diadakan majlis jamuan tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran pembentukan sebuah jawatankuasa Batch. Pada tahun ini, Batch PISMP IPGM baru memulakan langkahnya sebagai satu induk yang mewakili kursus PISMP ambilan Januari 2008 selepas pemilihan dan perlantikan calon-calon yang berwibawa di kalangan kami. Selain itu juga, majlis jamuan ini juga diadakan bagi menghidupkan kembali tradisi jamuan setiap hari Khamis selepas bacaan Surah Yasin. Kami berharap agar langkah kami dapat diteruskan oleh mana-mana wakil kursus dan seterusnya majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Pada malam itu, beberapa menu istimewa telah dihidangkan. Pihak kami telah menghidangkan Kuew Tiau Tom Yam sebagai juadah utama bagi majlis tersebut. Di samping itu, terdapat agar-agar bandung dan dadih sebagai pencuci mulut yang telah disediakan oleh wakil kuliah batch kami.

Sambutan yang diberikan oleh warga KAMPIS adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran KAMPIS yang hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis kami.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa Batch PISMP IPGM kerana telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis ini. Selain itu, tanpa kehadiran dan sokongan dari setiap ahli batch maka majlis ini mungkin ada mempunyai cacat celanya.

Sekian,

Terima Kasih.

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur kepada ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama sama pada tika dan saat ini. Semoga Allah akan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita dengan lebih kukuh dan kemas.

Ucapan terima kasih kepada Presiden Batch PISMP IPGM kerana telah berjaya menubuhkan sebuah laman webnya tersendiri. Tidak lupa juga kepada warga Batch yang lain tidak kira sama ada daripada pihak lelaki dan perempuan kerana sentiasa memberi sokongan yang tinggi ke atas laman perkongsian kita ini.

Apa yang diharapkan agar Batch PISMP IPGM akan sentiasa dirahmati Allah dan semoga ahli-ahlinya akan bertambah erat dan mesra. Majulah Batch PISMP IPGM dengan jayanya.